Carta Perkembangan Farihin

Lilypie 1st Birthday PicLilypie 1st Birthday Ticker

Thursday, January 24, 2008

Majlis Persandingan di Felda Pengeli Timur ( 11 Mac 2007 )

hari ini merupakan hari persandinganku di sebelah pihak perempuan,seriau gak geng almaklumlah hari bersandingkan mesti orang makin ramai...malu wooo,abe nikan pemalu hehee. Rombongan aku bertolak dari kg aku kat muar lebih kurang dalam pukul 10.00 pagi,perjalanan nak sampai ke sana tu adalah dalam 2 jam lebih sikit so estimate sampai ebelum pukul satu so tak perlu lah rushing sangat..Konvoi pagi ni adalah dalam 10 biji kereta yang pergi ( everything cost aku kene ler tanggung..Tol , minyak , ) banyak betuk kos nak kawin ni

So kitorang sampai rumah pengantin perempuan dengan selamatnya Alhamdulillah dalam pukul 12.30 sempat lah escort aku rilek - rilek jap sementara tunggu waktu zohor...lepas zohor mak andam pun menjalankan tanggungjawapnya menyolekkan aku,alamak baju pengantin singkat sikit lah tkde saiz aku ke baju mak andam
ni..nak tak nak pakai aje lah nak komplen pun majlis dah berlangsung..aku ni jenis tak cerewet sangat tapi syarat orang lain pun jangan cerewet dengan aku....


seperti dijangka orang memang ramai,penuh aku tengok.comfirm aku kene tol nak masuk rumah ni, tapi takpe escort aku memang dah terlatih dalam bidang ni..kita tengok sapa yang teror kalau orang yang jaga tol ni pandai jawap dengan escort aku banyak lah kot diorang dapat sampul duit tu..kalau tak pandai menjawap dapat lah satu sampul heheheee........nak sampai kat mak andam ada 54 lapis tol aku kene tempuh tapi dek ketorran orang- orang aku semuanya berjaya ditempuh dapat lah diorang sorang satu sampul heheee

emmmm yang ni nak tempuh tol mak andam plak,mak andam ni mak anjangnye isteri aku tapi macam biasa kita tengok siapa pandai 'cong' kalau mak andam ni tak larat nak layan karenah escort aku silap - silap dapat sikit lah
duit tol tu nanti hehee..dia tak tau bakal anak buah ni gila-gila sikit...puas juga lah dia menjawap dengan escort aku habis kene loyar buruk dengan escort aku tu heheee...maaf mak anjang gurau - gurau je tu



So korang tengok gambar majlis persandingan kat sini ni yerk....nanti aku update yang kat muar pulak coz majlis kat muar berselang seminggu









Wednesday, January 23, 2008

10 March 2007 ( Detik detik mendebarkan )



control tuuu..dalam hati tuhan je la yang tahu

Malam ni merupakan malam penentuan bagi anak bujang macam aku, Malam yang akan menamatkan zaman enjoy..Jika dulu aku bebas melakukan apa saje tanpa ada yang boleh melarang atau menyekat segala perjalanan kehidupan aku ( Yang tak lari dari peraturan hukum laa ) kini aku kena menghadkan atau kene berfikir lebih dari sekali jika ingin melakukannya.....
Tarikh 10 Mac 2007 merupakan tarikh keramat yang amat di tunggu - tunggu setelah hampir 30 tahun hidup di bumi Allah ini menghirup udaraNya dengan percuma dan hampir 12 tahun sendirian di perantauan ( aku duk bujang kat JB sejak tahun 1995 lagi lepas SPM hehehe lama tul ) kini tepat jam 9.30 malam ini selepas menjabat tangan Tok Kadhi dan dengan sekali lafaz je ( hehehee ) maka SAH lah aku kini menjadi suami kepada
Zuraini Bt Bachok ( Zura ) . Akad nikah berlangsung di rumah pengantin perempuan di Felda Pengeli Timur , Kulai , Johor

Sedang Di Ijabkabulkan ( Sekali Lafaz je Tau Hehehee )

Dah nikah dah ni... acara possing

Betapa bersyukurnya aku kini kerana dapat menunaikan Sunnah Nabi Muhammad S.A.W yang menyeru umatnya agar hidup berpasang - pasangan...Sesungguhnya pahala bagi orang yang berkahwin itu akan dikurniakan berlipat - lipat kali ganda InsyaAllah..amin.

Ramai juga escort aku yang datang malam tu,Famili dan budak - budak kampung aku ada ler lebih kurang dekat 8 biji kereta (cost nyer tu aku kene ler sponsor ),Terima kasih kekawan. selesai acara akad nikah maka acara makan - makan pulak ( aku pulun sakan ,lapooo woo dari siang tak makan hehee )

Acara seterusnya adalah acara berinai... So malam tu lepas nikah dan makan maka bermula lah acara malam berinai,kene lah pakai baju pengantin , kene berarak sambil orang kampung escort dengan kompang ... pehh macam hang jebat ekk ...dah duk kat pelamin tu maka acara menconteng - conteng pun bermula ( berinai )
ni lah jadinya kalau jadi raja takde daulat habis muka kene tonyoh - tonyoh dengan orang hehehee

Mak aku tengah inaikan tu

Selesai acara kami semua balik ke Muar semula, aku pun kene balik sama..baru dapat lesen P diorang cakaap hehee..sampai Kg dekat pukul 2.00 pagi sempat ngeteh lagi kat Panchor lagi pekena roto canai dulu..

Sampai rumah semua orang dah nak tido,yelah esok pukul 10.00 pagi nak pi lagi untuk acara bersanding pulakk..

So kepada kawan-kawan kami yang masih bujang tu beringat - ingat lah hari semakin berjalan dan umur semakin tua,yang mana dah ada calon tu cecepat lah pi salam tangan tok kadhi...lambat lugi loooo


SEKITAR MAJLIS PERNIKAHAN




SEKITAR MAJLIS MALAM BERINAI








Inilah antara gambar kenangan semasa majlis pernikahan dan malam berinai aku dan isteri aku pada hari bersejarah kami..kepada sekalian sahabat - sahabat , saudara mara dan kaum keluarga semuga anda semua sudilah kiranya mendoakan agar ikatan perkahwinan kami ini kekal hingga ke akhir hayat InsyaAllah...Amin