Carta Perkembangan Farihin

Lilypie 1st Birthday PicLilypie 1st Birthday Ticker

Monday, February 25, 2008

Pilihanraya Malaysia - Hari Penamaan Calun Parlimen dan Dun Dalam Bahagian Ledang

Hari ni 24 feb 2008 merupakan hari penamaan calun pilihanraya seluruh Malaysia yang akan bertanding pada 8 march 2008 nanti yang membolehkan rakyat yang telah berdaftar dengan SPR membuat pilihan dalam memilih calun yang layak bagi menjadi wakil rakyat bagi sesuatu kawasan..bagi aku,aku tak panggil diorang ni wakil rakyat tapi hamba rakyat bersesuaian dengan kata - kata Pak Lah pada pilihanraya 2004.Pak Lah kata dia hamba rakyat No1 so diorang ni pun hamba rakyat gak tapi tak tau ler yang no berapa?

Aku sempatlah balik ke Muar pada hari itu untuk sama-sama meyibukan diri melihat gelagat manusia pada hari itu..macam-macam ragam yang ada,kadang - kadang sampai ke tahap over acting pun ada..aku pun aritu pegi pakai baju biasa je,so aku bebaslah nak masuk kem mana-mana almaklum ler aku bukannya glamer pun kat situ dan bukanya ada jawatan pun kat bahagian tu,ada lah sikit2 jawatan peringkat cawangan dan adalah kenal sikit - sikit orang kat situ...bagi aku,aku datang mencari maklumat,pengalaman dan kawan tak kira dari parti mana..sebab tu aku bebas masuk kat kumpulan mana..kem BN ke kem BA ke semua aku join..suasana memang meriah tapi aku ada penilaian aku sendiri..ramai tak semestinya berkualiti dan sikit tak semestinya takde peluang.. bola itu bulat tapi sayang padang tak sama rata ( fikir ler sendiri maksud ni )

kepada pengundi yang akan mengundi gunakanlan hak anda dengan sebijak-bijaknya..

Selepas parlimen bubar baru kini kita nampak siapa yang lebih berkuasa.rakyat atau kerajaan..dari PM sampilah ke wakil rakyat biasa semuanye terpaksa patah balik kepada rakyat memohon sesuatu seolah mencari kerja kerana sebelum ini mereka semua adalah pekerja kontrak yang tempoh perkhidmatan maksimun mereka hanyalah 5 tahun..untuk mendapat kerja ini ada yang sanggup tak tidur malam berkempen,berjemur tengah panas,meredah semak samun semuanya untuk membeli jiwa agar rakyat mengundi mereka nanti...jika masa mereka berkuasa dulu orang kampung terpaksa memanjat tangga pejabat mereka untuk mendapatkkan tandatangan sokongan kini mereka pula terpaksa memanjat tanggan rumah kita memperkenalkan diri sebagai calun ( minta sokongan lah tu cuma kita tak cop dan sain je ) So pandai - pandai lah korang menilai dan menganalisa sendiri siapa itu wakil rakyat,satu jawatan yang menjadi rebutan kepada orang yang berpolitik...

tapi kadang-kadang aku heran dengan sesetengah orang ni...masa sebelum parlimen bubar semua marah-marah dengan kerajaan terutama dalam kes harga barang naik dan isu semasa ( aku pun marah gak ) tapi bila tiba masa untuk mengundi ada yang tak berdaftar pun dengan SPR..so tak kemana marah korang tu,silap silap korang yang kene marah balik..yelah satu - satu nya saluran bangkangan adalah melalui pilihanraya tapi dah korang tak mendaftar camne korang nak mengundi pada parti yang korang sokong...sendriii fikir lah kawan..dah 50 tahun merdeka tak kan metaliti kuno lagi kot..korang bising setakat kat warung kopi apa korang dapat...penat jer lah.pilah daftar harap-harap panjang umur next election blh ngundi

Lagi satu kita jangan takut kepada wakil rakyat atau malu untuk berjumpa wakil rakyat jika ada masalah...kalau boleh korang direct jumpa wakil rakyat dari jumpa orang kanan diorang ni..orang kanan ni kadang2 mengampu jer lebih bukannye reti sangat buat keje pun cuma seronok dapat berdamping dengan wakil rakyat kira tumpang glmer ler..aku ada pengalam dalam kes ni dan dah kene maki pun orang - orang ni dengan budak-budak cawangan aku...Alhamdulillah dari kerja-kerja cawangan aku buat especially pemuda yang hanya mahukan jawapan boleh atau tidak atau mahu buat atau tak buat hasilnya dari tahun 2004 hingga parlimen bubar kita berjaya membawa projek bernilai hampir setengah juta ( aku pun macam tak percaya,tapi ni adalah realiti dan fakta ) tapi korang kene tau berapa banyak masa ,tenaga kadang2 sampai bergaduh,bertekak ( takler sampai bertumbuk,gaduh mulut jer..bebudak aku laser wooo...)

inilah antara projek yang kitorang dapat bawa ke kampung batu 19 sengkang sessi 2004 - 2007

1) Pembinaan Balairayaa RM 80 000.00
2) Tempat mengambil wudhu dan pagar surau RM 45 000.00
3) Pembinaan dan pembesaran jalan utama kampung Fasa 1 RM 100 000.00
4) Pembinaan jalan baru ke sekolah RM 90 000.00
5) Pemindahan tiang telefon untuk besarkan jalan RM 80 000.00
6) jambatan konkrit jalan ke sekolah RM 60 000.00
7) baikpulih jambatan kampung RM 7000.00
8) baikpulih sistem pendawaian gelanggang badminton RM 2000.00
9) peralatan sukan ( jersey , raket badminton , meja ping pong ( dah lulus tapi lum sempat dapat )

inilah serba sedikit pengalaman aku saje je aku cerita,untuk kongsi-konsi pengalaman..aku akan balik mengundi kat kampung nanti sebab aku daftar kat sana


Calun - calun pilihanraya bagi tahun 2008 - 2013

P144 ( Parlimen Ledang )
Calun BN : IR Hamim bin Samuri ( Penyandang )
Calun PKR : Lau Tek Hai

N9 ( DUN Gambir )
Calun BN : M Asojan a/l Muniyandi ( Penyandang )
Calun PAS : Kassim Bin Ibrahim

N 10 ( DUN Tangkak )
Calun BN : Goh Tee Kee ( orang baru )
Calun DAP : Lee Fu Haw

N 11 ( DUN Serom )
Calun BN : Datuk Abd Ghani Bin Othman ( Penyandang )
Calun PAS : Ustaz Rusman Bin Kemin



SEKITAR HARI PENAMAAN CALUN



Pegawai pegurus piliharaya sedang membuat pengumuman bakal calun


Calun BN Datuk Ghani Othman sedang bersalam dengan penyokong beliau

Para calun BN menemui penyokon BN



Datuk Ghani Othman Calun BN Serom

Penyokong BN Ledang


Antara budak aku turut serta dalam program Pemuda bermotor

Penyokong BN dan BA



Penyokong BN


Budak aku duduk berehat semasa menanti pengumuman


antara budak aku ( Pemuda cawangan ) yang sempat datang aritu..pepehal kita negteh duluuu geng


suasana hari penamaan calun


Suasana penamaan calon


suasana penamaan calon - Penyokong PAS


Suasana penamaan calon

Sunday, February 24, 2008

Farihin balik Kampung Kat Muar ( 22.2.2008 )

Hujung minggu aritu farihin balik kampung ayah kat muar jumpa tok abah,tok wan,mak long,cik amil,ucu dan sepupu farihin abg bob,diorang semua terperanjat tengok size farihin yang semakin montok heheee....abis pipi farihin kene cium-cium.Kitorang balik Muar pagi jumaat bertolak dari Kulai lebih kurang pukul 10.30 pagi dan sampai dalm pukul 12.15 tengahari..Memula ayah plan nak balik petang khamis tapi kensel sebab ayah tolong kawan ayah,abg kawan ayah meninggal dunia pagi khamis kat hospital pakar johor disebabkan sakit kanser dalam perut..

Kitorang balik Muar ni sebab ayah ada kerja kat Tangkak pada sebelah petang selepas sembahyang jumaat kat Kolej Komuniti Ledang tapi kerja tu kejap jer,ayah balik kerja petang tu farihin ajak ayah ronda - ronda kampung ayah kat Sengkang tu..habis satu Sengkang kitorang pusing dengan ibu,Farihin singgah sekolah abg bob,abg bob dh sekolah sekarang ni,sekolah kat Taski.kelas tumpang sebab abg bob baru 5 tahun..pastu kitorang pusing kampung sri cantik,sri melaka,kampung hang tuah,pusing -pusing kat warung yang ayah selalu duk ngeteh dgn kwn - kwn dia..Kat warung ni ibu yang ajak pusing dia kata dia nak tengok kat mana ayah selalu ngeteh...ingatkan ibu nak belanje ke,tapi hampehhhh lalu jer heheeeee...

Hari sabtu pulak ibu ajak ayah meronda bandar Muar,Farihin ON jer...bereh heheee. Mak long dgn abg bob pun ikut sekali,Farihin ajak tok wa dgn tok abah tapi diorang taknak pegi....ayah bawa kami semua pusing abndar Muar dan rilek dekat Taman Rekreasi Tanjung Mas tepi sungai Muar...Ramai orang petang tu,ada yang rilek-rilek,ada yang naik bot pusing sungai Muar..Farihin main kat taman jer dgn abg bob...tengok lah gambar kat tu farihin main papan gelongsor dengan jongkang jongkit heheee..pastu duduk-duduk dekat pangkin sambil makan-makan...mana lah farihin tak gebu ibu dengan ayah kaki makan heheheeee

Lepas jalan kat taman tu ayah ajak pusing-pusing lagi,ingatkan pusing sekitar bandar Muar pastu balik,rupanya ayah pusing sampai Bandar Melaka...fuyoooooo berjalan sakan farihin aritu,kitorang ikut jalan baru kejap je dah sampai Bandar Melaka..Ayah bawak kitorang pusing - pusing kat bandar hilir , dataran pahlawan , tepi sungai melaka tengok kapal,kat sini kitorang tak singgah cuma meronda naik kereta jer...Ayah pun bukannya tau sangat jalan -jalan kat bandar melaka ni,dia tibai jer tu :-)

Kalau pergi tadi kita lalu jalan lama balik ayah ajak lalu hiway Air keroh keluar kat Tangkak kene ler tol rm3.80 kira ok lah tu cepat sampai.sebelum tu empat jugak lah ayah singgah kat Taman Buaya , Zoo Melaka , Taman Mini malaysia tapi sekejap jer sebab dah nak magrib jadi setakat lalu jer lah,takpe next time farihin ajak ayah lagi pi sana

Hari ahad farihin rehat kat rumah jer,ayah pag-pagi dah keluar pi Tangkak kata dia,ayah keluar farihin masih tidur lagi..Ayah saje pi menyibuk-nyibuk jer kat Tangkak tu sebab arini kan ari penamaan calun pilihan raya....Kirim salam Tok Ghani ayah,nanti jadi MB Johor jangan lupa orang - orang kampung ye Tok heheee

Petang tu farihin balik Kulai sebab besok ayah nak kerja,farihin bertolak dari Muar lebih kurang pukul 5 lebih dan sampai Kulai lebih kurang pukul 8 malam



Di tepi Sungai Muar
Farihin sedang bermain papan gelongsor heeeeheee

Farihin main jongkang jongkit


Abg Bob tengah seronok bermain...tapi farihin takleh join permainan yang ni...tinggi, gayat heheee

Abg bob posing sakan..tutup sikit ketiak tu bang bob

Ibu pun posing gak heheee.tapi farihin dak lepak dah tu yang lentok je tu

Wednesday, February 13, 2008

Majlis Cukur Jambul 26.1.2008 ( Tambah Lagi Cucu - syukran

Alhamdulillah keluarga sebelah aku bertambah lagi,kali ni abg aku selamat mendapat cahayamata ketiga mereka,anak lelaki..Anak abg aku ni merupakan cucu bongsu dalam keluarga aku dan cucu ke 5 orang tua aku...syukran nikmat Allah Baby ni diberi nama Mohd Faiz Idham bin Zamzury

dan sempena kelahiran tersebut satu majlis potong jambul telah diadakan sempena kelahiran anak ke3 abang aku di kampung aku kat Muar. anak pertama lelaki , kedua perempuan dan ketiga lelaki...peh selang seli ni..

sempena majlis tersebut farihin pun tumpang dua kaki potong jambul sekali walaupun rambut takde...heheee

ramai jugalah orang sudi hadir memeriahkan majlis abang aku tu,Alhamdulillah setakat ni rumah aku kalau buat kenduri ke majlis ke kehadiran sangat membanggakan dan jemputan penuh dari semua peringkat....budak.remaja.orang muda,dewasa dan tua dan majlis tersebut telah berlangsung dengan selamat dan sejahtera dan semua makanan habis...senang kerja kalau habis ni

Kepada sekelian tenaga kerja yang telah bertungkus lumus dari siang membantu menyediakan juadah ni diucapkan berbanyak - banyak terima kasih daun keladi heheee



Ini antara gambar sekitar majlis potong jambul Mohd Faiz Idham dan muhammad Nurfarihin Nazmi






Mohd faiz idham sedang dipotong jambul oleh pak Imam Jawahir




Muhammad Nurfarihin Nazmi pulak dipotong jambul ( rambut takder lagi heheeeee )





Selesai dan acara menunjuk anak pada tetamu sambil sepupu aku askot dan bagi bunga rampai






dah selesai....budak baju merah tu anak lelaki sulung abg aku muhammad hafizudin fahmi






Farihin pun dah selamat




Antara tetamu sedang menjamu selera..ni kat bahagian rumah tengah ( kawan - kawan aku )


Yang ni sepupu aku arif sedang memangku farihin..belakang tu yang lelaki pun sepupu aku paling kecik nama dia iman , yang perempuan tu anak arif yang no 2 - ziha
Ni adik aku no 5 - Amil ( bujang lagi tu ) budak perempuan pakai baju merah tu anak abg aku yang no 2 kakak faiz la ni nama dia panggil dira jer , yang belakang tu anak sepupu aku nama dia ziha

Rombongan Farihin Ke Jusco Taman Universiti

Hari ni 15.1.2008 aku bawak farihin pi jalan - jalan kat JUSCO Taman Universiti..Zura dah boring dekat 2 bulan terperap kat rumah habiskan tempoh berpantang heheee..so ni shoping compleks pertama Farihin masuk..turut sama dalam rombongan ni acu dia..

Nasib farihin tak meragam masa bawak dia jalan,tapi lenguh gak pangku dia kat lengan masa ronda-ronda tu,adalah kitorang beli pakaian dia sikit,baju baby ni tak blh beli buyk2 one shot sbb baby cpt membesar nanti kejap dah tak muat.. Baju baby mahal woooo... baju aku pun murah je heheee

Sampai malam juga kita kat Jusco tu,magrib kat surau tu pastu keluar pi makan kat area seafood taman U







Farihin Yang Montel

Hai semua sekarang farihin dah sihat...skrg ni umur kita dah sebulan lebih,ibu pun dah abis pantang tapi masa ni farihin masih kat rumah nenek lagi kat felda penggeli timur...Ayah kata tak lama lagi kita akan balik ke rumah farihin di bandar putra,kulai...ibu pun start dari keluar hospital masa bersalin dulu terus tinggal rumah nenek...nanti balik bandar putra farihin nak ajak ayah jalan- jalan dengan dunia hehehee

amacam hensem tak farihin :-) rupa ayah ke rupa ibu ek.....

kepada semua sahabat dan sdara mara inilah rupa farihin,pada yang belum pernah tengok lagi


senyuman istimewa dari farihin




farihin masa baru lahir ngan farihin masa 44 hari..hehehe.. sama tak?

Muhammad NurFarihin Nazmi

nama anak aku setelah diluluskan oleh lembaga - lembaga ibu bapa maka secara rasminya nama Muhammad NurFarihin Nazmi telah dipilih oleh sebulat suara oleh aku dan isteri aku heee heee..masa ni umur farihin dah 2 minggu kot aku lupa laa :-) tapi kesian farihin dia lahir bulan 12 tu musim hujan so matahari takde nak bersinar so hampir sebulan faihin kene kuning penyakit biasa bagi baby sekarang ni,biasa baby dalam 2 minggu dah ok tapi farihin masih tak ok2 lagi ibu dia dah risau dah..aku pun risau gak..so kitorang pun bawak lah pi check kat Puteri speacialist doktor tu kata penyakit ni normal ada baby baik cepat ada baby lambat...

sebulan lahir farihin banyak duduk hospital, seminggu kat hospital Kota Tinggi pastu keluar pastu doktor panggil masuk balik dia kata dalam air kencing farihin ada kuman so kene bagi antibiotik kene lah farihin kene tahan wad lagi seminggu...kesian dia... so sebulan tu aku pun kerja ada terganggu jugak tapi nasib aku kerja sendiri senang sikit nak ejas masa

kalau dalam gambar ni pun muka dia tak ceria,asik tido je..kesian gak aku tgk dia..tapi takpelah ikut je lah nasihat doktor sebab dia lebih arif...kang aku mandai - manda kang takut lain pulak jadinya..

Inilah gambar farihin masa kene kuning








Permata Hatiku

Syukur Alhamdulillah zura selamat melahirkan bayi lelaki seberat 2.5Kg pada 1 Dec 2007 jam 6.06 pagi secara operation di Hospital Sultanah Aminah Johor Bharu..Zura pada mulanya takde rasa sakit cuma lebih kurang pukul 3 pagi dia rasa macam ada bleeding so kitorang pun bergegas ke Hospital kulai yang jaraknya 10 minit dari rumah aku...setelah diperiksa Hospital kulai terpaksa transfer kes ni ke HSA Johor bahru...

Sampai sana lebih kurang pukul 4.15 pagi,selepas doktor check,dia kata kene operation,masuk operation threatre dalam pukul 5.10 pagi

Pukul 6.06 minit aku diberitahu zura selamat melahirkan bayi lelaki kami

Pukul 8.30 pagi baru aku dibenarkan melihat anak aku di Wad Bersalin,Pertama kali melihat zuriat sendiri aku rasa cukup gembira,syukur pada Allah atas kurniaan ini seorang bayi yang sempurna sifat , sihat.Aku mengazan dan mengiqamatkan bayi aku..sungguh indah hidup ini..selama ni aku cuma dengar cerita , tengok TV je mcmane pengalaman mengazankan bayi kini aku sendiri akan melakukannya.

Zura dibawakan ke wad lebih kurang pukul 11 pagi..Selepas aku beritahu pada semua keluarga terdekat dan kawan - kawan rapat petng tu aku balik Penggeli untuk kerja- kerja menanam uri,dasar mencari pengalaman semua tu aku buat sendiri,aku cuci uri bersih2 dan melakukan apa yang telah diberitahu abah pada aku,aku tanam uri tersebut depan rumah mertua aku..Kata orang kalau tak tahan bau darah jangan buat kerja tu,tapi kalau kita tak buat bila kita nak ada pengalaman,lagipun cuci uri anak sendiri tak kan tu pun geli kot...buat sendiri baru datang feel.....

ni antara gambar anak aku masa kat hari pertama lahir,tak banyak gambar masa ni








Rumah Idaman

Inilah rupa rumah idaman kami suami isteri setakat ni,ni je yang mampu di beli..rumah kat JB ni mahal beb..ni pun kami beli kat Bandar Putra Kulai..Antara Kulai Ke Jb tak jauh sangat so ok lah nanti tinggal kat Kulai..sekarang ni pun kami menyewa kat Bandar Putra sementara tunggu nrumah ni siap..Pemaju kata awal tahun 2008 siapharap - harap lah cepat siap tak larat nak bayar 2 buah rumah oooooo....

Ni belum siap lagi nanti bila dah siap kami update lagi

Nanti bila dah siap dijemputlah kawan - kawan ke sedara mara singgah lah ke teratak kami ini jika datang ke JB ye..Harap sudi - sudi lah






Cucu terbaru dalam keluarga isteri aku

Ni anak Kak Long isteri aku yang baru lahir bulan november 2007..nama nur iffah auni,anak ke empat mereka..Jadi tahun 2007 ni Pak mertua aku dah dapat 2 cucu perempuan kalau takde aral melintang InsyaAllah cucu ke3 tahun ni bakal menyusul bulan december nanti..anak aku ler,berdebar - debar beb anak sulung pulak tu..nak jadi ayah dah aku ekk.. Amin..Doa - doakan lah semuanya nanti selamat ye kwn - kwn

iffa ni cucu yang ke 5 dalam keluarga isteri aku






Majlis Pertunangan adik bongsu aku

Hari ni 10 jun 2007 adik bongsu aku tunang,Pie nama dia..adik aku duk cross 2 org abg dia yang belum kawin lagi..dasat gak nasib baik abg - abg atas dia tak demang mintak hadiah langkah bendul,kalau tak naya heheee...nasib lah awat lambat beno.So aku dgn abg aku yang kat Pd kene le balik kampung untuk uruskan majlis ni. Alhamdulillah majlis selamat dijayakan sepenuhnya..InsyaAllah lagi 2 tahun dapat lah aku sorang adik ipar.

Majlis pertunangan bejalan lancar selepas acara bersoal jawap , berkias , berpantun sikit dah akhirnya mencapai kata sepakat..nasib wakil kitorang Otai beb kalau tak berpeluh ketiak nak gak oii..Otai jumpa Otai NGAMMMMMM

Dah tunang ni , pandai - pandai lah jaga diri..tempoh bertunang tu nampak je 2 tahun tu mcm lama tapi sebenarnya tak lamalip lap lip lap dah 2 tahun..tk cukup simpanan naya nanti pie oiii..

So selamat bertunang

Sekitar Majlis pertunangan Pie