Carta Perkembangan Farihin

Lilypie 1st Birthday PicLilypie 1st Birthday Ticker

Wednesday, February 13, 2008

Majlis Cukur Jambul 26.1.2008 ( Tambah Lagi Cucu - syukran

Alhamdulillah keluarga sebelah aku bertambah lagi,kali ni abg aku selamat mendapat cahayamata ketiga mereka,anak lelaki..Anak abg aku ni merupakan cucu bongsu dalam keluarga aku dan cucu ke 5 orang tua aku...syukran nikmat Allah Baby ni diberi nama Mohd Faiz Idham bin Zamzury

dan sempena kelahiran tersebut satu majlis potong jambul telah diadakan sempena kelahiran anak ke3 abang aku di kampung aku kat Muar. anak pertama lelaki , kedua perempuan dan ketiga lelaki...peh selang seli ni..

sempena majlis tersebut farihin pun tumpang dua kaki potong jambul sekali walaupun rambut takde...heheee

ramai jugalah orang sudi hadir memeriahkan majlis abang aku tu,Alhamdulillah setakat ni rumah aku kalau buat kenduri ke majlis ke kehadiran sangat membanggakan dan jemputan penuh dari semua peringkat....budak.remaja.orang muda,dewasa dan tua dan majlis tersebut telah berlangsung dengan selamat dan sejahtera dan semua makanan habis...senang kerja kalau habis ni

Kepada sekelian tenaga kerja yang telah bertungkus lumus dari siang membantu menyediakan juadah ni diucapkan berbanyak - banyak terima kasih daun keladi heheee



Ini antara gambar sekitar majlis potong jambul Mohd Faiz Idham dan muhammad Nurfarihin Nazmi






Mohd faiz idham sedang dipotong jambul oleh pak Imam Jawahir




Muhammad Nurfarihin Nazmi pulak dipotong jambul ( rambut takder lagi heheeeee )





Selesai dan acara menunjuk anak pada tetamu sambil sepupu aku askot dan bagi bunga rampai






dah selesai....budak baju merah tu anak lelaki sulung abg aku muhammad hafizudin fahmi






Farihin pun dah selamat




Antara tetamu sedang menjamu selera..ni kat bahagian rumah tengah ( kawan - kawan aku )


Yang ni sepupu aku arif sedang memangku farihin..belakang tu yang lelaki pun sepupu aku paling kecik nama dia iman , yang perempuan tu anak arif yang no 2 - ziha
Ni adik aku no 5 - Amil ( bujang lagi tu ) budak perempuan pakai baju merah tu anak abg aku yang no 2 kakak faiz la ni nama dia panggil dira jer , yang belakang tu anak sepupu aku nama dia ziha

4 comments:

mrLollipop said...

apee fassal anna tidak ada dalam ini gambar... ciss..

comment by: ryzalll a.k.a pakjan!!

Qimy said...

muka baby cam muka husband kak zura lah! :)

cemara kasih said...

yer ker..ntah ekk..belah saya cakap cam muka belah bapak dia..belah bapak dia lak kata cam muka belah saya..aper2x la..

Qimy said...

alaa kak zura kan mmg serupa muka husband..so lebih kurang sama laa ehehe