Carta Perkembangan Farihin

Lilypie 1st Birthday PicLilypie 1st Birthday Ticker

Wednesday, February 13, 2008

Permata Hatiku

Syukur Alhamdulillah zura selamat melahirkan bayi lelaki seberat 2.5Kg pada 1 Dec 2007 jam 6.06 pagi secara operation di Hospital Sultanah Aminah Johor Bharu..Zura pada mulanya takde rasa sakit cuma lebih kurang pukul 3 pagi dia rasa macam ada bleeding so kitorang pun bergegas ke Hospital kulai yang jaraknya 10 minit dari rumah aku...setelah diperiksa Hospital kulai terpaksa transfer kes ni ke HSA Johor bahru...

Sampai sana lebih kurang pukul 4.15 pagi,selepas doktor check,dia kata kene operation,masuk operation threatre dalam pukul 5.10 pagi

Pukul 6.06 minit aku diberitahu zura selamat melahirkan bayi lelaki kami

Pukul 8.30 pagi baru aku dibenarkan melihat anak aku di Wad Bersalin,Pertama kali melihat zuriat sendiri aku rasa cukup gembira,syukur pada Allah atas kurniaan ini seorang bayi yang sempurna sifat , sihat.Aku mengazan dan mengiqamatkan bayi aku..sungguh indah hidup ini..selama ni aku cuma dengar cerita , tengok TV je mcmane pengalaman mengazankan bayi kini aku sendiri akan melakukannya.

Zura dibawakan ke wad lebih kurang pukul 11 pagi..Selepas aku beritahu pada semua keluarga terdekat dan kawan - kawan rapat petng tu aku balik Penggeli untuk kerja- kerja menanam uri,dasar mencari pengalaman semua tu aku buat sendiri,aku cuci uri bersih2 dan melakukan apa yang telah diberitahu abah pada aku,aku tanam uri tersebut depan rumah mertua aku..Kata orang kalau tak tahan bau darah jangan buat kerja tu,tapi kalau kita tak buat bila kita nak ada pengalaman,lagipun cuci uri anak sendiri tak kan tu pun geli kot...buat sendiri baru datang feel.....

ni antara gambar anak aku masa kat hari pertama lahir,tak banyak gambar masa ni








No comments: