Carta Perkembangan Farihin

Lilypie 1st Birthday PicLilypie 1st Birthday Ticker

Monday, February 25, 2008

Pilihanraya Malaysia - Hari Penamaan Calun Parlimen dan Dun Dalam Bahagian Ledang

Hari ni 24 feb 2008 merupakan hari penamaan calun pilihanraya seluruh Malaysia yang akan bertanding pada 8 march 2008 nanti yang membolehkan rakyat yang telah berdaftar dengan SPR membuat pilihan dalam memilih calun yang layak bagi menjadi wakil rakyat bagi sesuatu kawasan..bagi aku,aku tak panggil diorang ni wakil rakyat tapi hamba rakyat bersesuaian dengan kata - kata Pak Lah pada pilihanraya 2004.Pak Lah kata dia hamba rakyat No1 so diorang ni pun hamba rakyat gak tapi tak tau ler yang no berapa?

Aku sempatlah balik ke Muar pada hari itu untuk sama-sama meyibukan diri melihat gelagat manusia pada hari itu..macam-macam ragam yang ada,kadang - kadang sampai ke tahap over acting pun ada..aku pun aritu pegi pakai baju biasa je,so aku bebaslah nak masuk kem mana-mana almaklum ler aku bukannya glamer pun kat situ dan bukanya ada jawatan pun kat bahagian tu,ada lah sikit2 jawatan peringkat cawangan dan adalah kenal sikit - sikit orang kat situ...bagi aku,aku datang mencari maklumat,pengalaman dan kawan tak kira dari parti mana..sebab tu aku bebas masuk kat kumpulan mana..kem BN ke kem BA ke semua aku join..suasana memang meriah tapi aku ada penilaian aku sendiri..ramai tak semestinya berkualiti dan sikit tak semestinya takde peluang.. bola itu bulat tapi sayang padang tak sama rata ( fikir ler sendiri maksud ni )

kepada pengundi yang akan mengundi gunakanlan hak anda dengan sebijak-bijaknya..

Selepas parlimen bubar baru kini kita nampak siapa yang lebih berkuasa.rakyat atau kerajaan..dari PM sampilah ke wakil rakyat biasa semuanye terpaksa patah balik kepada rakyat memohon sesuatu seolah mencari kerja kerana sebelum ini mereka semua adalah pekerja kontrak yang tempoh perkhidmatan maksimun mereka hanyalah 5 tahun..untuk mendapat kerja ini ada yang sanggup tak tidur malam berkempen,berjemur tengah panas,meredah semak samun semuanya untuk membeli jiwa agar rakyat mengundi mereka nanti...jika masa mereka berkuasa dulu orang kampung terpaksa memanjat tangga pejabat mereka untuk mendapatkkan tandatangan sokongan kini mereka pula terpaksa memanjat tanggan rumah kita memperkenalkan diri sebagai calun ( minta sokongan lah tu cuma kita tak cop dan sain je ) So pandai - pandai lah korang menilai dan menganalisa sendiri siapa itu wakil rakyat,satu jawatan yang menjadi rebutan kepada orang yang berpolitik...

tapi kadang-kadang aku heran dengan sesetengah orang ni...masa sebelum parlimen bubar semua marah-marah dengan kerajaan terutama dalam kes harga barang naik dan isu semasa ( aku pun marah gak ) tapi bila tiba masa untuk mengundi ada yang tak berdaftar pun dengan SPR..so tak kemana marah korang tu,silap silap korang yang kene marah balik..yelah satu - satu nya saluran bangkangan adalah melalui pilihanraya tapi dah korang tak mendaftar camne korang nak mengundi pada parti yang korang sokong...sendriii fikir lah kawan..dah 50 tahun merdeka tak kan metaliti kuno lagi kot..korang bising setakat kat warung kopi apa korang dapat...penat jer lah.pilah daftar harap-harap panjang umur next election blh ngundi

Lagi satu kita jangan takut kepada wakil rakyat atau malu untuk berjumpa wakil rakyat jika ada masalah...kalau boleh korang direct jumpa wakil rakyat dari jumpa orang kanan diorang ni..orang kanan ni kadang2 mengampu jer lebih bukannye reti sangat buat keje pun cuma seronok dapat berdamping dengan wakil rakyat kira tumpang glmer ler..aku ada pengalam dalam kes ni dan dah kene maki pun orang - orang ni dengan budak-budak cawangan aku...Alhamdulillah dari kerja-kerja cawangan aku buat especially pemuda yang hanya mahukan jawapan boleh atau tidak atau mahu buat atau tak buat hasilnya dari tahun 2004 hingga parlimen bubar kita berjaya membawa projek bernilai hampir setengah juta ( aku pun macam tak percaya,tapi ni adalah realiti dan fakta ) tapi korang kene tau berapa banyak masa ,tenaga kadang2 sampai bergaduh,bertekak ( takler sampai bertumbuk,gaduh mulut jer..bebudak aku laser wooo...)

inilah antara projek yang kitorang dapat bawa ke kampung batu 19 sengkang sessi 2004 - 2007

1) Pembinaan Balairayaa RM 80 000.00
2) Tempat mengambil wudhu dan pagar surau RM 45 000.00
3) Pembinaan dan pembesaran jalan utama kampung Fasa 1 RM 100 000.00
4) Pembinaan jalan baru ke sekolah RM 90 000.00
5) Pemindahan tiang telefon untuk besarkan jalan RM 80 000.00
6) jambatan konkrit jalan ke sekolah RM 60 000.00
7) baikpulih jambatan kampung RM 7000.00
8) baikpulih sistem pendawaian gelanggang badminton RM 2000.00
9) peralatan sukan ( jersey , raket badminton , meja ping pong ( dah lulus tapi lum sempat dapat )

inilah serba sedikit pengalaman aku saje je aku cerita,untuk kongsi-konsi pengalaman..aku akan balik mengundi kat kampung nanti sebab aku daftar kat sana


Calun - calun pilihanraya bagi tahun 2008 - 2013

P144 ( Parlimen Ledang )
Calun BN : IR Hamim bin Samuri ( Penyandang )
Calun PKR : Lau Tek Hai

N9 ( DUN Gambir )
Calun BN : M Asojan a/l Muniyandi ( Penyandang )
Calun PAS : Kassim Bin Ibrahim

N 10 ( DUN Tangkak )
Calun BN : Goh Tee Kee ( orang baru )
Calun DAP : Lee Fu Haw

N 11 ( DUN Serom )
Calun BN : Datuk Abd Ghani Bin Othman ( Penyandang )
Calun PAS : Ustaz Rusman Bin Kemin



SEKITAR HARI PENAMAAN CALUN



Pegawai pegurus piliharaya sedang membuat pengumuman bakal calun


Calun BN Datuk Ghani Othman sedang bersalam dengan penyokong beliau

Para calun BN menemui penyokon BN



Datuk Ghani Othman Calun BN Serom

Penyokong BN Ledang


Antara budak aku turut serta dalam program Pemuda bermotor

Penyokong BN dan BA



Penyokong BN


Budak aku duduk berehat semasa menanti pengumuman


antara budak aku ( Pemuda cawangan ) yang sempat datang aritu..pepehal kita negteh duluuu geng


suasana hari penamaan calun


Suasana penamaan calon


suasana penamaan calon - Penyokong PAS


Suasana penamaan calon

8 comments:

mrLollipop said...

hidop PAS!!! Allahuakbar!!!

Nihlah Insyirah said...
This comment has been removed by the author.
Nihlah Insyirah said...

Pak Ngah, Mak ngah dah daftar belum??heheheh..selamat mengundi:)

cemara kasih said...

mak lang..ibu farihin kata..tgk org aaa... isteri ketua pemuda umno cawangan batu 19 sengkang..takkan tak daftar kut..hehehe..kan ayah kan??

Nihlah Insyirah said...

hehehe..nenek kata mak ngah tak daftar lagi:D...ooo mak ngah dah daftar ek..bleh ngundi lah ye..selamat mengundi:D

cemara kasih said...

tgh dok menilai nie..sape nak pangkah ekk?? hmmmm..maklong pun baru 1st time nak undi, sama je cam ibu farihin.. isnyirah igtkan ibu soh daftar nanti tau..gunakan hak anda..cheh!!..hehehe

zielux said...

kak zura..spelling error..bukan 'calun' tp 'calon' haha...sejak2 masuk education line ni..cr salah org je..;p

cemara kasih said...

hehehe..dh habaq kt ayah farihin haritu..tapi dia kata bukannyer nak masuk peksa..