Carta Perkembangan Farihin

Lilypie 1st Birthday PicLilypie 1st Birthday Ticker

Monday, April 28, 2008

Jom Ikut Farihin Pi Jalan - Jalan

Ari sabtu aritu kitorang pi jalan - jalan ke JB..jom ler ikut farihin meronda heheee.ala kitorang pi Jakel.Ayah tak keje aritu dan kebetulan Jakel ada buat sale utk 10 ari jadi ibu pun ajak lah ayah pi tengok-tengok..Ibu plan nak cari kain langsir utk rumah baru nanti....Dah tentu nenek lah yang kene jahit nanti tu heheee..Sampai kat sana dah pukul 12,ari panas , orang pun dah ramai , sesak gak lah..nasib farihin tak meragam..sporting betul

Ibu beli gak lah kain langsir selepas berpusing 2 round kat tingkat tiga tu...ibu pening nak buat pilihan sebab semuanye menarik2..jenuh gak lah..setelah dapat keputusan muktamad maka ibu beli lah kain yang harganye selepas diskaun rm9.50/meter..pastu nak pi bayor mak oiii ramainyer..aduhhhh letih betul nak beratur.Farihin pun letih gak ni

Dah settle Jakel ayah ajak pi makan kat BBU pulak,Farihin bantai membuta dalam stroller je heeee,siap makan ayah ajak pulak pi rumah kawan ayah kat BBU jugak tengok baby dia..Kawan ayah dapat anak perempuan,ni anak kedua diorang

last sekali petang tu Farihin punya agenda pulak heheee pi makan angin kat Danga Bay,so ayah pun bawak lah kitprang pi sana..pertama kali ni farihin pi situ.awal - awal sampai tu farihin bantai tido dulu dalam stroller,bagi cas dulu tadi tido kejap je ayah dah kejut heheeee..dah puas ayah dgn ibu pusing kat danga bay tu farihin masih tak bangun - bangun lagi..ngantuk btul farihin ni kata ayah.Tapi bile sampai kat bebudak nye permainan tau pulak farihin bangun..macam tau - tau jer ek heheee

Ayah sempat lah ambik gambo farihin masa kat danga bay aritu...meh lah sini tengok gambar kita...ensheeeeeeem tak heheee


kita makan dulu - bagi penuh tangki baru syoook berjalan nanti hehee



Syooooknye tido tepi laut



masih cas lagi - tak menyador


Ibu duk possing tapi farihin duk mengecas mata

Ibu tgh bersenam - refelesologi ( senam tapak kaki )

Kat sini baru farihin bangun - dah kat tempat permainan kanak - kanak ( tapi Farihin tak leh main lagi...tengok jer la

Possing sebelum balik

Possing lagi

Monday, April 21, 2008

DAGING MASAK MANIS RESEPI ' CIK GHANI '

ni resepi daging masak manis cik ghani,tukang masak popular majlis orang kawin kat pengeli tu kalau takde tukang masak ni alamat ada yang tak leh kawin heheee

A ) Bahan - Bahan

1) 1 Kilo daging lembu - di hiris nipis - nipis
2) 5 biji bawang besar - Di kisar
3) 10 biji bawang kecil - Di kisar
4) 10 biji bawang putih - Di kisar
5) Halia muda - di hiris ( agak -agak jer )
6) 100g bijan
7) Gula Melaka
8) Cuka
9) Sos Tomato
10) Sos Cili
11) Kicap Manis
12) Tepung Jagung
13) Minyak Masak

B ) Cara Memasak 1

1) Perapkan daging yang telah di goreng tadi bersama tepung jagung
2) Gaul daging tersebut dengan kicap manis ( 1/4 botol kecik ) kemudian campur garam halus ( sesedap rasa lah )
3) Setelah siap semua tu,goreng daging yang telah diperap tadi separa masak,kemudian angkat untuk bahan yang kedua pulak

C ) Cara Memasak 2

1) Tumiskan bawang besar , kecil dan putih yang telah dikisar sehingga kekuningan
2) Masuk kan gula melaka
3) Masuk kan sos cili , sos tomato , cuka sampai kesemuanya hancur dengan api yang sederhana
4) Masukan halia yang telah di potong halus
5) Bancuh tepung jagung dengan 2 cawan air untuk empukkan daging
6) Setelah siap rencah - rencah tadi masuk kan semula daging yang telah di goreng tadi beserta bijan
7) Perlahankan api dan tunggu sehingga masak

Sekian untuk resepi bulan ini, kepada para pencuba yang bakal mencuba resepi ni sila patuhi petua ini untuk mejadikan masakan anda lazat dan sedap...

" SILA ANTOR SEPINGGAN KAT RUMAH AKU BAGI AKU RASA SEDAP KE TAK HEHEEEEEEE "

Monday, April 14, 2008

BERSAMA IKON MATEMATIK MALAYSIA " ADIPUTRA "



Ari jumaat aritu farihin balik Muar sebab ayah ada program Motivasi dan teknik Matematik bersama ikon matematik malaysia iaitu genius student ADIPUTRA pada ari Sabtu 12.4.08 di Dewan serbaguna Bukit Gambir dan pada 13.4.08 di Dewan Jubli intan Tangkak.Program selama 2 ari adalah di bawah anjuran PIBG SK Sengkang bersama Pemuda UMNO Batu 19 Sengkang sementara di Tangkak pula anjuran Badan Kebajikan Sekolah Agama Sialang Tangkak...Ayah terlibat dalam dua - dua program tersebut...Objektif program adalah sebagi persediaan untuk pelajar yang akan menghadapi exam UPSR.
Farihin sempat lah pi tk program tersebut yang diadakan di Dewan Bukit Gambir,Dewan ni dekat dgn kg ayah je,yang kat tangkak farihin tak pegi sempat farihin kene demam panas pulak,ayah pun pi lambat sebab kene antor farihin pi klinik dulu...

Sambutan sangat hangat,di bukit gambir hampir 500 pelajar dari 6 buah sekolah yang datang dan jika termasuk ibu bapa farihin rasa hampir seribu ada agaknya..lebih lagi program ini adalah percuma kerana penganjur mendapat kerjasama yang sangat baik dari pihak pengurusan Adiputra..Jika ditempat lain contoh ya di KL peserta akan dikenakan bayaran sebanyak rm 50.00 ke rm 80.00 seorang tapi di sini pelajar tidak dikenakan bayaran sesen pun

Program telah dirasmikan oleh ahli Parlimen Ledang YB IR Hamim pada pukul 9.00pg dan program motivasi bermula pukul 9.45 pg hingga pukul 1.30 ptg..jika selama ni kita selalu dengar keajaiban adiputra di surat khabar dan TV tapi kali ni semuanya berlaku di depan mata,sangat luas ilmu matematik adiputra...satu soalan mempunyai 18 cara untuk menjawapnya sehingga YB yang seorang IR pun terperanjat dengan keajaiban adiputra.Maka tidak hairan lah jika pakar - pakar matematik sendiri pun kagum dengan beliau...Adiputra juga mampu menyebut angka yang lebih dari 30 digit dengan lancar..bagi kita yang biasa ni angka trilion sudah terlalu tinggi dan tergeliat lidah nak menyebut namun tidak bagi adiputra..angka bagi octilion manjadi mainan jer...

Di akhir sessi motivasi Adiputra telah mencabar pelajar untuk menyebut 30 digit angka yang diberi secara rawak oleh pelajar dengan menghafal dan kepada yang berjaya akan dihadiahkan sebanyak RM 100.00 dan jika berjaya menyebut secara terbalik akan dihadiahkan sebanyak RM 300.00...Seramai 5 orang pelajar telah berani menyahut cabaran Adiputra dan seramai 3 orang berjaya mendapat rm 100.00 sementara seorang berjaya mendapat rm 150.00 kerana kelancaran sementara seorang mendapat rm 10.00 kerana hanya berjaya mengingat 15 digit sahaja..Adiputra pula berjaya menunjukkan kehebatannya membaca secara terus dan secara terbalik dengan lancarnya..memang ajaib budak ni...Dan menurut ibu bapa Adiputra selama ini tiada pelajar yang seramai ini berjaya mengingat 30 digit sebagai cotoh kata bapanya satu program di kelantan dan di sekolah tahfiz angka diberi sebnyak 24 digit pun pelajar tidak dapat meningat dalam masa singkat tetapi di bukit gambir seramai 4 orang berjaya..Bapanya menucapkan tahniah dan meminta YB memantau perkembangan pelajar tersebut kerana menurut bapanya pelajar ini juga tergolong dalam kategori pintar

Sementara untuk majlis keesokannya di Tangkak tiada seorang pun pelajar yang berjaya dan berani menyahcabaran Adiputra untuk menyebut 30 digit yang diberi secra rawak oleh pelajar..

Dari perbualan dengan keluarga Adiputra dan pengurusan Adiputra bukan sahaja boleh mengingat angka 30 digit tetapi boleh membaca Yassin secara terbalik juga...Subhanallah . Ajaib sungguh budak ini..

Selama 2 aritu ayah sangat sibuk kerana terlibat dikedua - dua program dan team ayah juga mendapat kebenaran untuk bersama dengan Adiputra dan berjumpa dengannya pada bila - bila masa hinggakan sehingga jam 3.30 pagi ayah masih bersama dengan pengurusan adiputra di penginapan mereka di Gunung Ledang resort kerana Adiputra bukan sahaja pintar matematik tetapi banyak ilmu yang tak terfikir oleh kita ada pada Adiputra...Ilmu Al Quran , astronomi , Hal - hal negara dan mcm - mcm lagi yang amat mengagumkan..

Team ayah juga mendapat kebenaran untuk menjadi pengedar tunggal produk Adiputra bagi pasaran negeri johor
produk ini akan diberitahu kemudian kerana masih di peringkat perbincangan dengan pengurusan Adiputra..Produk berbentuk makanan kesihatan yang di amalkan oleh Adiputra



Farihin attachkan kat sini sekitar acara program tersebut





SEHARI SEBELUM - URUSETIA SEDANG SIBUK MELAKUKAN PERSIAPAN






SEHARI SEBELUM - KEADAAN DEWAN YANG SEDIA UNTUK DIGUNAKAN





URUSETIA SEDANG SIBUK MEMBUAT PEBDAFTARAN PELAJAR





ANTARA KENDERAAN PENGURUSAN ADIPUTRA






URUSETIA SEMPAT BERPOSSING DENGAN SPONSOR UTAMA PROGRAM ( EN AMINURASEED - BAJU KEMEJA KUNING )





KETIBAAN ADIPUTRA DI SAMBUT OLEH EN AMINURASEED



YB HAMIM DAN PENGANJUR SEDANG MENUNGGU ADIPUTRA




PELAJAR DAN IBU BAPA SEDANG MENGIKUTI MOTIVASI




BAPA ADIPUTRA SEDANG MENYAMPAIKAN MOTIVASI




SELEPAS TAMAT PROGRAM PARA PELAJAR TIDAK MELEPASKAN PELUANG BERSALAM DGN ADIPUTRA




AYAH BERSAMA ADIPUTRA



FARIHIN PUN SEMPAT BERGAMBAR DGN ABG ADIPUTRA




PENGANJUR SEDANG BERSEDIA UNTUK BERGAMBAR KENANG - KENANGAN BERSAMA ADIPUTRA

Thursday, April 10, 2008

MAJLIS PERKAHWINAN PAK TAM ( RUMAH LELAKI )

6.4.2008 adalah majlis persandingan Pak Tam kat rumah pak tam pulak setelah sehari suntuk pada hari semalam meraikan majlis kat sebelah pihak perempuan ( nt update lg ehhh,nak cepat : -) Farihin nak balik Muar malam ni sbb ayah ada pgram UMNO pada hari sabtu ( Program Motivasi Dan Teknik Matematik Bersama adik ADIPUTRA )






























MAJLIS PERKAHWINAN PAK TAM ( SEBELAH PEREMPUAN )

5.4.2008
2.45 PM
( sessi bersanding )

Acara terakhir untuk hari ni iaitu acara bersanding pulak..lepas setle majlis berinai tadi semua angkatan perang Pak Tam balik dulu ke rumah untuk rehat2 jap,sebab kahwin satu felda jarak plak tak jauh so takde la tempat bersanggor- sanggor,Pak tam oun pakai baju kahwin kat rumah jer,mak andam datang rumah solek kan pak tam dgn pakai kan baju kahwin...Pakcik Lan pulak bertindak sebagai pendekar pak tam heheee ( jd pengapit ) siap lah pakcik lan nanti kene mengadap orang jaga tol.pandai -pandai lah pakcik lan kelentong heheee










MAJLIS PERKAHWINAN PAK TAM ( SEBELAH PEREMPUAN )

5.4.2008
12.15 pm
( Sessi Acara Berinai )

Setelah tamat acara akad nikah maka acara seterusnya ialah acara berinai..Majlis berinai ni diadakan secara ringkas je,tk cukup masa sebab pukul 2.30 nanti nak masuk sessi acara bersanding pulak..padat betul jadual arini,kat rumah pulak sedang sibuk rewang...atok dgn nenek pun pening nak bagi - bagi orang,mana nak ngantor pengantin mana nak tolong rewang...

So kat bawah ni farihin ada lah sikit gambar pak tam tgh berinai








Wednesday, April 9, 2008

Majlis Perkahwinan Pak Tam 5.4.2008 ( Majlis Sebelah Perempuan )

5.4.2008
11.00 Pagi
( Sessi Akad Nikah Nikah )

Hari ni merupakan hari penamatan zaman bujang Pak Tam yamh akan di ijabkabulkan dgn mak tam manisah..Tepat jam 10.30 pagi maka berangkatlah angkatan perang Pak Tam dan batalion Atok Bachok hehee dari jalan biru 10 menuju ka jalan merah 3 felda pengeli timur dengan hati yang berbunga-bunga dan jiwa yang meronta - ronta ( pak tam lah ni ) cinta sefelda namanya ni..senang masa depan tak yah gaduh - gaduh balik raya heheee. Muka pak tam ceria jer,dalam hati duk dak duk dak gak tu..Ramai gak batalion yang pi ngantar Pak Tam nikah
Setelah settle semua dokumentasi,terutama borang persetujuan nikah telah ditandatangani oleh pengantin perempuan maka Tok Kadhi pun menjalankan tugasnya yang terutama iaitu lafaz ijab dan kabul..dengan sekali lafaz dan senafas maka sah lah paktam bergelar suami kepada mak tam manisah


Sekitar Majlis Pernikahan Pak Tam

Ketibaan tok Kadhi makin mendebarkan Pak Tam....cool pak tam cool hehe


Mak tam sedang sain dokumen persetujuan dinikahkan dgn pak tam



Acara kemuncak....Akad nikah



Alhamdulillah dengan sekali lafaz..Sahlah pak tam jadi suami mak tam




Saksi pengantin lelaki sedang sain borang


Pak Tam sedang baca lafaz taklik



Saksi pengantin lelaki sedang sain borang



Antara hadirin yang hadir


Keluarga sakina...lafaz menerima tanggungjawap menjaga isteri



Keluarga sakinah .... Perempuan pula menerima tanggungjawap menjadi isteri



ciuman seorang isteri...malu -malu plak mak tam ni heheee


acara memakai barang kemas...seutas rantai



Acara memakai barang kemas - gelang tangan



Acara memakai barang kemas - sebentuk cincin



Angkatan perang pak tam mula bergerak menuju ke medan perang heheee



Stop dulu lah .....penat looooo , esok sambung lagi,dah dkt kul 1 pagi ni mau titoooonnnn looooo
good nite everybody...wassalam