Zuraini Bt Bachok ( Zura ) . Akad nikah berlangsung di rumah pengantin perempuan di Felda Pengeli Timur , Kulai , Johor
Betapa bersyukurnya aku kini kerana dapat menunaikan Sunnah Nabi Muhammad S.A.W yang menyeru umatnya agar hidup berpasang - pasangan...Sesungguhnya pahala bagi orang yang berkahwin itu akan dikurniakan berlipat - lipat kali ganda InsyaAllah..amin.
Ramai juga escort aku yang datang malam tu,Famili dan budak - budak kampung aku ada ler lebih kurang dekat 8 biji kereta (cost nyer tu aku kene ler sponsor ),Terima kasih kekawan. selesai acara akad nikah maka acara makan - makan pulak ( aku pulun sakan ,lapooo woo dari siang tak makan hehee )
Acara seterusnya adalah acara berinai... So malam tu lepas nikah dan makan maka bermula lah acara malam berinai,kene lah pakai baju pengantin , kene berarak sambil orang kampung escort dengan kompang ... pehh macam hang jebat ekk ...dah duk kat pelamin tu maka acara menconteng - conteng pun bermula ( berinai )
ni lah jadinya kalau jadi raja takde daulat habis muka kene tonyoh - tonyoh dengan orang hehehee
Mak aku tengah inaikan tu
Selesai acara kami semua balik ke Muar semula, aku pun kene balik sama..baru dapat lesen P diorang cakaap hehee..sampai Kg dekat pukul 2.00 pagi sempat ngeteh lagi kat Panchor lagi pekena roto canai dulu..
Sampai rumah semua orang dah nak tido,yelah esok pukul 10.00 pagi nak pi lagi untuk acara bersanding pulakk..
So kepada kawan-kawan kami yang masih bujang tu beringat - ingat lah hari semakin berjalan dan umur semakin tua,yang mana dah ada calon tu cecepat lah pi salam tangan tok kadhi...lambat lugi loooo
SEKITAR MAJLIS PERNIKAHAN


SEKITAR MAJLIS MALAM BERINAI



Inilah antara gambar kenangan semasa majlis pernikahan dan malam berinai aku dan isteri aku pada hari bersejarah kami..kepada sekalian sahabat - sahabat , saudara mara dan kaum keluarga semuga anda semua sudilah kiranya mendoakan agar ikatan perkahwinan kami ini kekal hingga ke akhir hayat InsyaAllah...Amin


No comments:
Post a Comment