.jpg)
Ari jumaat aritu farihin balik Muar sebab ayah ada program Motivasi dan teknik Matematik bersama ikon matematik malaysia iaitu genius student ADIPUTRA pada ari Sabtu 12.4.08 di Dewan serbaguna Bukit Gambir dan pada 13.4.08 di Dewan Jubli intan Tangkak.Program selama 2 ari adalah di bawah anjuran PIBG SK Sengkang bersama Pemuda UMNO Batu 19 Sengkang sementara di Tangkak pula anjuran Badan Kebajikan Sekolah Agama Sialang Tangkak...Ayah terlibat dalam dua - dua program tersebut...Objektif program adalah sebagi persediaan untuk pelajar yang akan menghadapi exam UPSR.
Farihin sempat lah pi tk program tersebut yang diadakan di Dewan Bukit Gambir,Dewan ni dekat dgn kg ayah je,yang kat tangkak farihin tak pegi sempat farihin kene demam panas pulak,ayah pun pi lambat sebab kene antor farihin pi klinik dulu...
Sambutan sangat hangat,di bukit gambir hampir 500 pelajar dari 6 buah sekolah yang datang dan jika termasuk ibu bapa farihin rasa hampir seribu ada agaknya..lebih lagi program ini adalah percuma kerana penganjur mendapat kerjasama yang sangat baik dari pihak pengurusan Adiputra..Jika ditempat lain contoh ya di KL peserta akan dikenakan bayaran sebanyak rm 50.00 ke rm 80.00 seorang tapi di sini pelajar tidak dikenakan bayaran sesen pun
Program telah dirasmikan oleh ahli Parlimen Ledang YB IR Hamim pada pukul 9.00pg dan program motivasi bermula pukul 9.45 pg hingga pukul 1.30 ptg..jika selama ni kita selalu dengar keajaiban adiputra di surat khabar dan TV tapi kali ni semuanya berlaku di depan mata,sangat luas ilmu matematik adiputra...satu soalan mempunyai 18 cara untuk menjawapnya sehingga YB yang seorang IR pun terperanjat dengan keajaiban adiputra.Maka tidak hairan lah jika pakar - pakar matematik sendiri pun kagum dengan beliau...Adiputra juga mampu menyebut angka yang lebih dari 30 digit dengan lancar..bagi kita yang biasa ni angka trilion sudah terlalu tinggi dan tergeliat lidah nak menyebut namun tidak bagi adiputra..angka bagi octilion manjadi mainan jer...
Di akhir sessi motivasi Adiputra telah mencabar pelajar untuk menyebut 30 digit angka yang diberi secara rawak oleh pelajar dengan menghafal dan kepada yang berjaya akan dihadiahkan sebanyak RM 100.00 dan jika berjaya menyebut secara terbalik akan dihadiahkan sebanyak RM 300.00...Seramai 5 orang pelajar telah berani menyahut cabaran Adiputra dan seramai 3 orang berjaya mendapat rm 100.00 sementara seorang berjaya mendapat rm 150.00 kerana kelancaran sementara seorang mendapat rm 10.00 kerana hanya berjaya mengingat 15 digit sahaja..Adiputra pula berjaya menunjukkan kehebatannya membaca secara terus dan secara terbalik dengan lancarnya..memang ajaib budak ni...Dan menurut ibu bapa Adiputra selama ini tiada pelajar yang seramai ini berjaya mengingat 30 digit sebagai cotoh kata bapanya satu program di kelantan dan di sekolah tahfiz angka diberi sebnyak 24 digit pun pelajar tidak dapat meningat dalam masa singkat tetapi di bukit gambir seramai 4 orang berjaya..Bapanya menucapkan tahniah dan meminta YB memantau perkembangan pelajar tersebut kerana menurut bapanya pelajar ini juga tergolong dalam kategori pintar
Sementara untuk majlis keesokannya di Tangkak tiada seorang pun pelajar yang berjaya dan berani menyahcabaran Adiputra untuk menyebut 30 digit yang diberi secra rawak oleh pelajar..
Dari perbualan dengan keluarga Adiputra dan pengurusan Adiputra bukan sahaja boleh mengingat angka 30 digit tetapi boleh membaca Yassin secara terbalik juga...Subhanallah . Ajaib sungguh budak ini..
Selama 2 aritu ayah sangat sibuk kerana terlibat dikedua - dua program dan team ayah juga mendapat kebenaran untuk bersama dengan Adiputra dan berjumpa dengannya pada bila - bila masa hinggakan sehingga jam 3.30 pagi ayah masih bersama dengan pengurusan adiputra di penginapan mereka di Gunung Ledang resort kerana Adiputra bukan sahaja pintar matematik tetapi banyak ilmu yang tak terfikir oleh kita ada pada Adiputra...Ilmu Al Quran , astronomi , Hal - hal negara dan mcm - mcm lagi yang amat mengagumkan..
Team ayah juga mendapat kebenaran untuk menjadi pengedar tunggal produk Adiputra bagi pasaran negeri johor
produk ini akan diberitahu kemudian kerana masih di peringkat perbincangan dengan pengurusan Adiputra..Produk berbentuk makanan kesihatan yang di amalkan oleh Adiputra
Farihin attachkan kat sini sekitar acara program tersebut
SELEPAS TAMAT PROGRAM PARA PELAJAR TIDAK MELEPASKAN PELUANG BERSALAM DGN ADIPUTRA
FARIHIN PUN SEMPAT BERGAMBAR DGN ABG ADIPUTRA
PENGANJUR SEDANG BERSEDIA UNTUK BERGAMBAR KENANG - KENANGAN BERSAMA ADIPUTRA


No comments:
Post a Comment